Moga tidak sampai memalukan negara sendiri di mata dunia. Jika semasa menyanyi lagu kebangsaan pun senyap seribu bahasa dan lemah gemalai tubuh badan seperti 2 tahun tidak makan dan tiba-tiba menjadi pemalu segan yang amat, dan ketika ditanya "Ceritakan aku tentang Negara anda", saya hanya tahu segala yang negatif, atau lebih teruk - tidak tahu langsung - tak perlulah saya rasa nak bising-bising atas dasar cintakan negara dan mahu melihat perubahan.
Usah kerana sudah menjadi satu trend zaman sekarang berhimpun, saya ikut berhimpun tanpa tahu satu pun dan tak mengkaji tentang salah benar perihal berhimpun, hanya mendengar satu pihak berbicara, sanggup meninggalkan tanggungjawab saya yang lain yang lebih penting, itu tidak cerdik namanya.
Bukanlah layak diri ini untuk berceloteh lebih panjang mengenai hal ini, kerana diri ini pun baru setahun jagung dan tidak mengambil tahu sangat tentang isu-isu berkaitan. Cuma, sayang rasanya jika saya mahukan perubahan besar, tapi tidak mahu mengambil perubahan kecil-kecilan untuk memperbaiki diri sendiri. Sedar, diri ini pun sangat tidak sempurna, bagaimana pula mahu menyempurkan perkara lain? Dan, yakinkah perubahan ini kekal ataupun hanya sementara?
Suka aku untuk mengakhiri dengan satu pepatah :
Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Fikirkan. Walaupun kurang kaitan sebenarnya pepatah ni dengan post ini.
xde kaitan peribahasa tuh.~ haha
ReplyDeletemantap! hahaha.
ReplyDeletei like reding your blog...best2 but x taw nk tekan follow tang mana...anyway i'll come back
ReplyDeleten read your blog again.. :)