Jadi, ummm, nak minyak murah dan pendidikan percuma. Ya, boleh.
Tapi macam mana kalau minyak murah, tapi harga benda lain naik? Katakan harga makanan naik untuk menggantikan harga minyak yang murah, sebotol kicap 15 ringgit. Sanggupkah kita guna minyak untuk dimakan dengan nasi?
Pendidikan percuma, memang seronok. Takde PTPTN. Macam mana agaknya kalau pendidikan percuma, tapi gaji permulaan diturunkan? Apa bezanya? Ditambah pula dengan kurangnya insentif untuk berjaya sesetengah pihak, akan terbazir begitu sahaja duit kerajaan yang dilabur dalam pendidikan. Mungkin ada yang mengambil contoh negara-negara yang percuma pendidikannya, namun lihatlah pula pada kos hidup di negara-negara itu.
Mungkin idea-idea populis ni seronok bila kita dapat, tapi kalau fikir balik dari aspek lain, kita tidak dijanjikan bahawa harga barang atau cukai tidak akan naik setelah harga minyak diturunkan, atau apa jadi bila dapat pendidikan percuma. Janganlah kerana dicucuk sesetengah pihak yang mahukan kuasa, kita melatah. Internet ada, tanyalah encik Google. Tapi di akhir pembacaan kita, gunalah akal yang ada untuk menilai, dan tidak terus cenderung kepada mana-mana sumber yang kita baca.
Ekonomi ada cara berfungsi. Namun di atas ini hanyalah 20 sen daripada buah minda aku yang ringkas.
good thought
ReplyDelete