20130109

Manusia



Great people talk about ideas.
Average people talk about things.
Small people talk about other people.

Gua ada seorang kawan. Dia bila berada dalam kumpulan orang-orang yang dia selesa bersama, dia akan kurang bercakap. Namun bila dengan orang-orang yang kurang signifikan dalam hidup dia, dia banyak bercakap. Tapi bila dengan orang-orang yang dia tidak suka, dia tidak akan bercakap.

Manusia adalah makhluk kompleks, yang pemikiran dan tindakannya tidak mudah dijangka. Usah kerana dia tidak bercakap dengan sahabat-sahabat baiknya, kita menjangka bahawa kawan-kawan baiknya adalah mereka yang banyak bergaul dengannya. Itu adalah ketidak adilan. Siapa kita untuk mengadili seseorang? 

Sedarlah bahawa diri setiap manusia mempunyai prejudis dan hipokrisi. Mereka yang gelak didepan kita, memaki hamun kita di belakang. Itu bukanlah perkara mustahil. 

"When it is time to move on, people will move on."


1 comment:

  1. "Great people talk about ideas,
    Average people talk about things,
    Small people talk about other people"

    kadang2 kita lupa yg kita pun sama2 tergolong dlm golongan yg ketiga. mcm post ni. hehe. unless u're referring to yourself when u said 'kawan' :p

    ReplyDelete