sudah pengajian tahun pertama, ketika keputusan keluar jam 3.30 petang hari ini. Aku gembira, dan terkedu sebentar, dan akhirnya terasa rugi hanya kerana beberapa markah. Situasi sama sahaja yang berlaku ketika keputusan A-Levels keluar setahun dahulu, berulang lagi sekali.
Secara jujurnya, aku tidak berharap tinggi ke langit, dan aku dapat apa yang aku doakan, tapi sebenarnya aku mampu berbuat lebih baik lagi. 3 markah yang mampu menentukan segalanya, dan bagaimana kedudukan aku pada hari esok. Ya, aku mampu memberi seribu satu alasan tentang mengapa aku tidak mencapai apa yang mereka mahukan, tapi itu semua tidak dapat menambah 3 markah itu. Semua alasan hanyalah tipu helah untuk menyelamatkan diri.
Kadang-kadang, kita suka untuk memandang terlampau jauh kedepan, sehingga terlupa apa yang sudah ada di dalam tangan dan kawalan kita. Bukannya itu suatu yang tidak baik, ia kadangkala bagus, tapi adalah perlu untuk kita berdiri di bumi yang nyata. Semua yang kita angan-angankan, hanyalah angan-angan kosong jika tidak diiringi dengan usaha.
Biar kita mempunyai tapak yang kukuh bila berangan. Rezeki kita pula, tak sama dengan orang sebelah kita.
Kalau aku tak baca tajuk kau, aku takkan tahu ayat penuh kau kan? -.-
ReplyDeleteits ok aid,,bleh cube lg next time..=)
ReplyDelete