20120626

Banyak



benda boleh ditulis dalam blog. Banyak juga benda berlaku seminggu dua ni. Tapi, menulis blog juga boleh membuat anda tertangkap, siapa tahu apa yang aku tulis mampu membuatkan saya meringkuk dalam penjara, walaupun tiada siapa yang membaca blog yang mungkin bersawang maya dalam dunia virtual world wide web ini. Blog juga mampu merusakkan persahabatan anda, siapa tahu?

Tiada apa benda yang senang sebenarnya dalam dunia ini. Setiap sesuatu memerlukan idea, kemahuan dan tenaga dan masa dan juga bermacam lagi. Mahu ke tandas awam juga kadang-kadang memerlukan sekurang-kurangnya 20 sen. Minum air, nampak senang, tapi berapa banyak otot dan tenaga dan yang lebih penting, masa yang kita gunakan untuk minum air itu. Namun, air itu elemen penting dalam hidup seharian kita.  Maka, ia membawa kepada pilihan. Kita boleh memilih untuk tidak minum langsung, dan meninggalkan dunia dalam masa tiga hari hingga seminggu, atau kita boleh memilih untuk menghabiskan masa dengan meminum air, yang juga bukan sesuatu yang sihat, kerana boleh membawa kepada hyponatremia, dan juga pembaziran masa.

Bila kita sudah memilih suatu jalan, mungkin pada hujung jalan itu, kita menyesal. Mungkin juga kita akan berasa amat gembira. Siapa tahu? Hanya orang yang telah mengalami pengalaman itu sahaja yang tahu, dan setiap manusia berbeza, maka pengalaman itu kadang-kadang tidak sama dengan apa yang orang lain alami. Boleh jadi juga apa yang kita pilih itu tidak menyenangkan orang lain, walaupun kita sudah sedaya-upaya untuk menyenangkan setiap manusia. Jadinya, live with your decision, dan usah jadi indecisive. Pernah aku terbaca, "you lost the privilege of complaining when you say you don't mind". 

Hidup bukan perkara mudah dan boleh dibuat main-main. Bila baik, orang salah faham. Bila jahat, orang pun tak suka. Titik tengah antara kebaikan dan kejahatan pula adalah berlainan bagi setiap manusia. Apa yang terbaik, berhenti berfikir demi orang lain, dan fikirlah demi kebaikan diri sendiri.

Usah hidup untuk menyusahkan orang lain.

*tidak mempunyai konten dan di luar konteks, sama sekali.

No comments:

Post a Comment