20120228

dulu2


Zaman sekolah dulu-dulu, selalu berzikir ramai2 dalam surau Al-Hamdaniyyah. Wajib datang surau pukul 7 lepas dinner dekat dining. Lepas baca Quran ramai-ramai, macam-macam zikir senior-senior bawak sementara menunggu Maghrib. Lambat datang, 50round padang menanti, ataupun rotan Encik Ringgo. Maka, secara tak langsung banyak jugaklah hafal zikir, walaupun kurang faham maksud dan kadang-kadang main-main jugak. Yelah, tak matang kan. Antaranya adalah yang dalam video di atas. Ah, tiba-tiba rindu zaman sekolah.

Tapi, dah tua-tua ni, susah jugak nak buat macam dulu. Lagi-lagi bila sorang-sorang. Dulu masa jaman muda-muda semangat sebab zikir ramai-ramai sama-sama mungkin.

Bila fikir-fikir balik, kenapa kita boleh menghadap buku akademik ataupun mukabuku berjam-jam lamanya, sedangkan menghadap kalam Allah untuk 5 minit terasa bagaikan untuk selamanya? Sedangkan sudah diingatkan kita supaya membaca Al-Quran kerana berjuta manfaat yang kita dapat.


“Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”-  Hadith Riwayat Muslim 


*kaji-kaji balik, rupanya merupakan mutiara kata bahasa arab :)

3 comments:

  1. baguslah.

    semakin meningkat usia spttnya kita makin sedar akn tgungjwb as khalifahNya.
    so, i wish u selamat mendekati mati in advance.
    semoga sentiasa istiqamah dlm usaha memperbaiki diri.

    atiqahizzah

    ReplyDelete
  2. nicee trgt time sekolah! sumpah baru skarang aku paham lagu apa yg adam bwk tu hahah

    ReplyDelete