"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
Al-Ankabut : 57
Sesungguhnya ajal maut itu sangat dekat dengan kita. Agaknya sudah bersediakah kita jika ditakdirkan kita pergi esok? Hari ini, seorang lagi rakan sekolah pulang ke rahmatullah. Walaupun berlainan batch, namun cukup untuk mengingatkan diri ini bahawa bila-bila masa kubur akan memanggil. Usia bukan petanda, mahupun sihat tubuh badan. Sudahkah diri ini betul-betul sedia denga sedia yang sebenar-benarnya? Mulut memang pandai berkata-kata, namun di sana mulut bukan lagi yang menjadi saksi.
Sehari lebih tua, setahun lebih matang, bertalu-talu ucapan selamat hari jadi diberikan, namun yang lebih penting adalah selangkah lebih dekat dengan ajal maut sebenarnya. Sudah tertulis hidup kita ini bagaimana, dan bagaimana dan bila kita akan pergi, dan kita sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap perkara ini.
"Sedekahkanlah Al-Fatihah, halalkanlah kalau dia ada atau buat salah dengan kau"
Pesan rakannya. Bagaimana kita pula nanti? Adakah bekalan pahalan yang berterusan dari dunia? Adakah orang akan mengingati kita? Adakah orang akan memaafkan? Adakah pula bekalan dosa yang tidak putus-putus dari segala yang kita pernah lakukan?
No comments:
Post a Comment