20120905

Hidup



Setakat bertegur sapa di laman maya namun senyap seribu bahasa di alam fana pun tiada baiknya. Suka aku untuk menyunting dialog filem "The Social Network", "you're not making thousands of friends without making a few enemies", dan daripada kita biarkan mereka lakukan dosa mengata/kita dapat dosa mengata perkara yang mereka/kita tidak tahu pucuk pangkalnya, mungkin adalah lebih baik kita buang sahaja mereka dari laman sosial ini. Sahabat yang baik tidak perlu menjadi rakan di laman sosial, dan tidak perlu menjadi rakan di laman sosial untuk menjadi sahabat baik. Biarpun bertahun tidak bersua dan bertukar cerita, seorang sahabat tidak akan merasa kekok apabila bertentang mata, dan sentiasa sedia untuk mendengar apa sahaja yang diluahkan. 

Lagipun bagiku pada usia sebegini bukanlah masa yang terbaik untuk berusaha menambah kenalan, namun adalah masa yang lebih sesuai untuk kita guna memperkukuhkan persahabatan yang kita sudah miliki. Namun usah pula menyombong diri. Sedikit senyuman sudah cukup untuk memulakan bicara.

Usah kerana kita menyusukan kera dihutan, anak dirumah mati kelaparan. Aku pun tidak tahu kenapa aku suka benar pada pepatah ini.

Tidak dinafikan kita memerlukan rakan didunia, tapi belajarlah untuk berdiri menggunakan kaki sendiri. Rakan kita tidak akan terus berada di samping kita selama-lamanya, dan semua orang mempunyai tanggungjawab sendiri. Sukar untuk seseorang sehingga ke usia emas dia masih menjadi tempat kita mengadu masalah. Kalau kita tidak mampu menerima seseorang tatkala mereka mahu bergerak ke fasa hidupnya yang seterusnya, lebih baik jika kita tidak berkawan dengannya sejak azali.

"People change, they do, the difference is only in the timing and their rate of change"

We live in an age where not being mainstream is the new mainstream, and being antisocial is the new social.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-55, mari kita merdekakan minda kita dari pemikiran yang belum merdeka.

No comments:

Post a Comment