20120527

Sahabat,


Tiju's Room


bagi aku adalah yang menyusahkan bila kita senang, dan menyenangkan bila kita susah. Begini barulah saling faham-memahami. Kawan pula, adalah yang menyenangkan bila senang, dan mungkin menyusahkan atau tidak ada apa-apa bila susah. 

Jika menyusahkan bila senang, dan menyusahkan juga bila dia dan kita sama-sama susah, atau hanya saya sahaja yang susah, anggaplah mereka sebagai kenalan sahaja.

Tapi, lebih baik jika kita tidak menyusahkan orang lain. Belajar berdiri atas kaki sendiri. Jika berada dalam satu kumpulan yang sama-sama mahu mencari jalan penyelesaian, jika semua membantu memberi idea yang membina, semuanya bersikap proaktif dan tidak hanya membiarkan anggota lain yang berfikir, sudah tentu kumpulan itu lebih mantap. 

Pokok pangkalnya, bantu menyenangkan orang lain, bukan bantu menyusahkan orang lain. Dan bantu-membantu bila sama-sama susah.

No comments:

Post a Comment